Popular Posts

Monday 11 April 2011

Kasih Ibu membawa ke Syurga, Kasih Ayah berkorban Nyawa

Pagi semalam aku n family dan beberapa org jemaah yassin kg dato Sulaiman Menteri, menziarahi rumah org tua-tua Nur Ehsan, Kempas.... bila masuk je ke ruangan org tua-tua, aku dpt lihat setiap raut wajah tersirat seribu satu cerita yang ditanggung oleh penghuni rumah Nur Ehsan...
sayu hati... pilu jiwa... bila di dengarkan oleh puisi seorang pakcik yang ingin dirinya di panggil AYAH oleh kami.. menitis air mata x dpt dibendung lagi...sedih ku rasa... ( aku ada rakam puisinya tapi x jelas sebab bunyi kipas je yang kuat ) yang dpt kuceritakan daripada puisi itu... lebih kurang  camni.... dulu aku mempunyai keluarga... penuh kasih penuh sayang bersama anak dan isteri... menjaga membelai 10 org anak...kini aku ditinggal seorg... di rumah ini... rumah NUR EHSAN... ( byk lagi cuma aku x ingat )
pakcik yang ku katakan tadi ada anak 10 org tapi setelah kematian isterinya...anak2 dia tinggalkan dia kat tpt ni .... 
inilah tempatnya....
 
dan ini adalah Orang yang membuka pusat jagaan org tua-tua ni...
yang pakai baju hitam tu...Ibu Mertuaku...dialah yang jadi ketua rombongan
sayu hati bila makcik ni nyanyi lagu kasihnya ibu....:(
sebahagian daripada warga Nur Ehsan
Sebelum balik ambik gambar dulu
dan ini...adalah aku dan anak ku Danish Fahmi...semoga kau menjadi anak yang soleh dan bertimbang rasa... jgn kau campak kedua ibu bapamu ini... seperti mereka nak....
Ibu menangung segala kesakitan dari mula kita dikandungnya 9 bln 9 hari... Ibu mengasuh dan menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh...bila sakit ibu menjaga kita... ayah menitiskan peluh untuk menyara keluarga... mencari rezeki yang halal untuk membesarkan kita.... tapi apabila kita dewasa, punya harta, punya keluarga....mengapa tergamak melakukan perbuatan yang sedemikian....Insaflah wahai manusia yang bernama Anak........

Kepada yang ingin menyumbang tu silalah menghubungi tempat ini seperti no tel yang tertera pada gambar yang pertama tu... semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu warga emas Nur Ehsan....
Dengar lagu kat link bawah ni  :(
http://youtu.be/03FXj5xqTg0

Wednesday 30 March 2011

Henna...

Minggu ni kawan ofice aku nak berumah tangga... selamat pengantin baru ye kak mas... so semalam dia mintak tolong aku buat henna kat tgn dia.... inilah hasilnya....




sementara kat tangan tu nak kering aku ofer buat kat kaki lak...


ni suka2 jer.... sebab aku ni mmg suka melukis... :)

Tuesday 22 March 2011

Aksesori wanita bertudung..


Selamat pagi semua... tajuk hari ni mcm yang kat atas tu... mcm2 sekarang aksesorinya... nak ngan x nak... berani ngan edak...:) tgk gambar-gambar kat bawah ni...

yang ni nama dia kak jam... tgk tu meriah... walaupun dah bergelar onie...tapi masih meletoppppp...:)






Yang ni pulak kak zie... ckp je nak gaya mana...semua dia pandai buat.....



model ni pulak ezie... comel-comel jer...



aku pun nak try pakai jugak... :)

yang ini pulak nama dia org panggil mama norha


aku di hari yang lain... tapi try2 je...


tgk2lh ni...



So...kalau rasa nak pakai...pakai jelh pedulikan orang kata... yang penting kita happppyyyyy :)
 





Monday 21 March 2011

Sukar memaafkan...

Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama
Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu
Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika...
di pinggiran nostalgia
... sukarnya memaafkan
....sukarnya melupakan
Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan...
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah...
Hati kita tak kan terpisah
Dan entah kenapa tiba-tiba kini...
Kita dipertemukan  semula
...di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh...
Walau di awalnya terasa susah sungguh!

 dari iluislam.com...

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Himpunan mutiara kata....

Mutiara kata ni ada dari diriku sendiri dan ada juga daripada carian di google... semoga ianyanya dapat dimanfaatkan bersama....



Ku berikan hatiku pada dunia.. dunia menipu mempersenda, meletakan aku dilembah kehinaan
Ku berikan hatiku pada manusia... manusia memperguna, menghancur lumatkan hatiku dan memfitnah
Ku berikan hatiku pada Tuhan... hatiku dibelai, disayangi, dilindungi...
Lembut, Shahdu, mengasyikan... namun akukah manusia yang tahu ... tetapi leka dan terpedaya...




ini jelh dulu ye... lain kali upload lagi ... x pun kawan search sendiri k... banyak yang dpt kita renungkan bersama....:)

Air Mata Yang Paling Berharga....

Tatkala kita dilahirkan... kita menangis... tetapi orang disekeliling kita ketawa gembira kerana menyambut kelahiran kita....
Namun apabila kita menutup mata... orang yang dikasihi menangis meratapi pemergian kita... adakah kita juga menangis atau tertawa bahagia kerana akan menemui Yang Maha Esa...adakah dosa kita lebih banyak dari pahala semasa kita hidup... lalu kita pasrah dan rebah dibantalan tanah...cemas menanti pengadilan akhir yang pasti tiba.....

SEMOGA ALLAH SWT MENJADIKAN AIR MATA YANG JATUH DI SUDUT-SUDUT MATA ADALAH AIR MATA YANG BERHARGA DIPANDANGANYA...AMINNN

nak belajar buat kek, muffin, cheese tart.. mcm2lh

kalau boleh aku nak jadi orang yang seba boleh... boleh buat kuih...boleh...boleh jahit manik ...boleh... boleh jahit baju ...boleh... kan best camtu...

Sunday 20 March 2011

sedapnya kalauuuu.....

hah...apa yang sedap.... pe lagi panas2 terik camni... mkn aiskrim le syokkkk.....





sedapnyaaaaaaa..... so ape lagi jommmm cari aiskrim.. :P

Monday 14 March 2011

Tsunami di jepun...

Sesuatu yang berlaku itu adalah kehendak yang Maha Esa.....
sila baca petikan dibawah ni

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.       Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.    

R...ujuk di Quran.    
 
1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan   ...   "Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".       

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)       so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.       di ambil pula lokasi latititude dan longitude.       3+6+1+3+8 = 21   so next 2+1 = 3   proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.       Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53       makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30   so next 3+0 = 3.   *proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.       

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6       msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..       so 1+4+4+6 =15   so next 1+5 = 6   *proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.   
    
4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.  

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.    
 
6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.   

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya 
  
8. WauAllahhu Allam.       Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

Redha Suami, Redha Allah jua...


Dipetik daripada kiriman seorang kawan....

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."

Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.